Friday, August 31, 2012

Merdekakah Kita?

Semalam aku pergi tengok sambutan merdeka kat Dataran Pahlawan, Melaka.
fuh.. first time sambut merdeka macam tu selain dalam Dewan Budiman sekolah aku...
Memang BEST lah kan~ GEMPAK HABIS!

aku pergi 2 orang je.. ngan kawan aku Cyidot!
walaupun kesihatan aku x berapa sihat, aku pergi jugak! sbb aku x pernah sambut merdeka macam tu.. ;p





tapi lepas majlis sambutan dengan bunga api dah habis, semua orang balik...
majlis x habis lagi.. sbb dieorang ada nak sambut b'day budak2 yang lahir 31 ogos.. tapi padang dah kosong..

aku terfikir sekejap time tu... 

apa maksud merdeka bagi kita rakyat Malaysia ni?
adakah dengan buat count down, bakar bunga api, itu merdeka?
lepas tu, bendera Malaysia yang semangat dikibarkan masa letupan bunga api,
bersepah-sepah kat atas tanah...
BENDERA KEBANGSAAN KITA TU!!! WHAT HAPPEN TO MERDEKA???
buang macam tu je???




paling tak boleh belah, ada pulak mereka-mereka ni buat bersih time orang nak sambut merdeka...
nak tegakkan hak melalui bersih boleh.. tapi kenapa masa sambutan merdeka?
kau ingat orang yang sambut merdeka ni semua pro politik ke???
buat la time lain... budak kecik, bayi semua ada.. x ke bahaya kalau dieorang ni tersepit dalam kelompok korang?
korang nak apa buat bersih time merdeka??
nak bersihkan padang yang penuh ngan sampah sarap ni ke?
kenapa padang kotor je aku tgk
so..

 MERDEKAH KITA??

aku rasa sedih..
sebab walaupun dah 55 tahun merdeka, pemikiran rakyat Malaysia, masih di tahap yang ke-3.
lansung x de semangat nak menghargai perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berusaha nak memerdekakan negara ni..

apa yang masih ada, mentaliti masyarakat yang x merdeka dan hanya mahukan hiburan...

renungkanlah...

*dari anak merdeka yang sangat bersemangat nak menyambut merdeka*